News Archive: August 2020

SIARAN MEDIA: MALAYSIA AIRLINES LANJUT KERJASAMA SEBAGAI RAKAN PENERBANGAN RASMI FAM

2020-08-29

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus terbang tinggi bersama rakan penerbangan rasminya, Malaysia Airlines Berhad bagi tempoh tiga tahun lagi.

Ia selepas syarikat penerbangan kebangsaan itu menandatangani perjanjian lanjutan usahasama bagi tempoh 2021 hingga 2023 berikutan perjanjian selama dua tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Disember 2020.

KONGRES TAHUNAN FAM KALI KE-56 PADA 29 OGOS 2020

2020-08-29

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali Ke-56 telah berlangsung di Hilton Petaling Jaya, hari ini dengan dihadiri barisan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bersama-sama 39 orang perwakilan dari 20 ahli gabungannya.

Ia telah dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

SIARAN MEDIA: KRONOS SERAH JERSI BAHARU PENGADIL LIGA MALAYSIA

2020-08-26

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini menerima jersi baharu tajaan Kronos yang akan mula dipakai para pengadil Liga Malaysia apabila saingan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 kembali bersambung pada hujung minggu ini.

Kronos, jenama sukan yang tidak asing lagi di negara ini merupakan penaja rasmi pakaian pengadil Liga Malaysia bagi musim 2019 hingga 2021.

SIARAN MEDIA: LAPORAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM

2020-08-18

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengeluarkan laporan kemas kini pertama berhubung pelaksanaan piagam akar umbi yang dinamakan Piagam SupaRimau FAM.

Ia seperti mana amalan FAM sebelum ini untuk menjadikannya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan matlamat berkongsi mengenai perkembangan bola sepak akar umbi untuk pemahaman semua dan untuk penambahbaikan industri.

SIARAN MEDIA: AKADEMI JDT DIANUGERAHKAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM YANG PERTAMA

2020-08-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganugerahkan Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai Ahli Emas pertama bagi Piagam SupaRimau FAM atas usaha berterusan dalam membangunkan bola sepak akar umbi di negara ini.

SIARAN MEDIA: KELANTAN DIPOTONG TIGA MATA LIGA PREMIER 2020

2020-08-03

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (PB Kelantan) telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta-merta bagi saingan Liga Premier 2020 atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan oleh mereka bagi kes yang telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM sebelum ini.