News Archive: August 2022

FAM HAMPIR BERJAYA RAMPAS KEJUARAAN PADA PIALA CABARAN TUNKU ABDUL RAHMAN FAM-AFC 2022

2022-08-31

Pasukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir berjaya merampas kejuaraan daripada pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada aksi Piala Cabaran Tunku Abdul Rahman FAM-AFC 2022 di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi sebelum akhirnya tewas menerusi penentuan sepakan penalti 3-2.

SIARAN MEDIA: FAM LANTIK NOOR AZMAN HJ RAHMAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG YANG BAHARU

2022-08-27

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Noor Azman Hj Rahman sebagai setiausaha agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2022 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Pada 23 Ogos lalu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 telah menerima peletakan jawatan Mohd Saifuddin kerana beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

SIARAN MEDIA: FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR

2022-08-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan peletakan jawatan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar selepas beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

Mohd Saifuddin, 61, yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM bagi menggantikan Stuart Ramalingam berkuat kuasa pada 1 September 2021 akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos 2022.

SIARAN MEDIA: KIA MALAYSIA JALIN KERJASAMA BERSAMA FAM

2022-08-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kia menerusi syarikat pengedarnya, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM), anak syarikat kepada Bermaz Auto Berhad (BAuto). 

Menerusi kerjasama bersama DJM ini, FAM akan meraih faedah terutama sekali buat Unit Pasukan Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk melakukan pemerhatian pemain-pemainnya di seluruh negara selain akan melancarkan kerja-kerja logistik Unit Pentadbiran FAM.

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA B-20 2023 DI ULAANBAATAR, MONGOLIA

2022-08-19

Berikut senarai 26 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras bagi kem latihan pusat bermula 1 September 2022 sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, 14 hingga 18 September 2022.

 

BIL

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN FAM KALI KEEMPAT BAGI PENGGAL 2021-2025

2022-08-16

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 pada Khamis, 11 Ogos 2022 telah membincangkan beberapa perkara dan mencapai keputusan, antaranya:

 

1. Jawatankuasa memutuskan supaya had umur bagi pertandingan Piala Presiden diubah dari B-21 ke B-20 manakala Piala Belia dari B-19 ke B-18 supaya selaras dengan kitaran had umur bagi pertandingan AFC.

SIARAN MEDIA: SKUAD HARIMAU MALAYA SAH SERTAI PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1 DI CHIANG MAI BERSAMA THAILAND, TAJIKISTAN DAN TRINIDAD & TOBAGO

2022-08-11

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon secara rasminya akan menyertai siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1di Chiang Mai, Thailand dari 20 hingga 26 September 2022 bersama tiga pasukan lain iaitu tuan rumah Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago.

Berbanding Malaysia yang kini di ranking ke-147 dunia, tiga pasukan tersebut berada pada kedudukan lebih tinggi dalam Ranking FIFA dengan Thailand di kedudukan ke-111, Tajikistan ke-108 dan Trinidad & Tobago ke-101 dunia.

SENARAI AKHIR 20 PEMAIN SKUAD B-19 KEBANGSAAN BAGI MENGHADAPI 4TH INTERNATIONAL U-19 FOOTBALL THANH NIEN TOURNAMENT 2022 DI VIETNAM

2022-08-03

Berikut senarai akhir 20 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras bagi menghadapi cabaran 4th International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 anjuran Konfederasi Bolasepak Vietnam (VFF) di Binh Duong, Vietnam bermula 5 hingga 11 Ogos 2022.

 

BIL

LAPORAN BAGI SUKU KEDUA TAHUN 2022 ROADMAP F:30 FAM

2022-08-01

Secara keseluruhan, Pelan Strategik 1 F:30 kini berada di pencapaian 64%.

Pencapaian ini berasaskan kemajuan yang dicapai dalam tiga teras utama F:30 iaitu dalam Tadbir Urus, Pertandingan dan Pembangunan.