News Archive: January 2016

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 29 JANUARI 2016

2016-01-29

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 29 Januari 2016 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

Tuntutan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan terhadap pemain, Syahrul Azwari Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Sarawak mengenai pertikaian berkaitan kontrak di antara kedua-dua belah pihak:

·        Pemain wajib balik ke Persatuan Bolasepak Kelantan kerana aktiviti bolasepaknya bermula di Kelantan.

PIALA BELIA 2016 MEDAN PENDEDAHAN SSMP B-17

2016-01-28

Pasukan bola sepak Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Bawah 17 Tahun (B-17) tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada saingan Piala Belia 2016 yang bakal bermula 28 Februari ini.

 Ketua jurulatih SSMP B-17, Mohd Khalid Shahdan berkata, kebanyakan pemain di kalangan barisan 20 pemainnya ketika ini terdiri daripada muka baharu yang kini berada di Tingkatan 5 sekolah berkenaan.

SSBJ B-17 PERSIAP PASUKAN HADAPI DUA KEJOHANAN

2016-01-27

Pasukan bola sepak Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17 Tahun (B-17) meletakkan dua kejohanan sekolah-sekolah sukan di Korea Selatan dan Thailand sebagai agenda utama mereka untuk tahun 2016 ini.

 Pemangku ketua jurulatih SSBJ B-17, Mohamad Haris Lajid berkata, seramai 28 pemain terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 di sekolah berkenaan telah mula menjalani latihan sejak pertengahan Disember lalu.

SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN: VIETNAM 3 MALAYSIA 2

2016-01-26

Skuad futsal Malaysia kendalian Marcelo Serpa tewas 2-3 kepada Vietnam pada aksi persahabatan terakhir di Stadium Tertutup Ton Duc Thang, Ho Chi Minh, petang tadi.

Selepas kecundang tipis 4-5 pada perlawanan persahabatan di Stadium Tertutup Ton Duc Thang, Ho Chi Minh, semalam (25 Januari 2016), skuad negara kendalian Marcelo Serpa tidak berjaya untuk meraih kemenangan menentang Vietnam.

SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN: VIETNAM 5 MALAYSIA 4

2016-01-25

Skuad futsal kebangsaan kendalian Marcelo Serpa tewas 4-5 kepada Vietnam pada aksi persahabatan pertama di Stadium Tertutup Ton Duc Thang, Ho Chi Minh, petang tadi.

SENARAI RASMI PASUKAN UNTUK PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA BAGI MUSIM 2016

2016-01-22

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipengerusikan Dato' Sri Afandi Hamzah yang bersidang petang semalam telah memutuskan senarai rasmi pasukan yang akan bertanding pada Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia bagi musim 2016.

Bagi saingan liga divisyen tiga kebangsaan, Piala FAM, sebanyak 18 pasukan akan menyertai saingan musim ini dengan membabitkan 11 pasukan lama dan 7 pasukan baharu

PIALA FAM 2016