News Archive: April 2015

Skuad bola sepak wanita negara tiba di Ho Chi Minh

Skuad wanita kebangsaan telah selamat tiba di Ho Chi Minh, Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sukan Wanita AFF 2015 yang akan bermula pada 1 hingga 10 Mei nanti.

Pasukan bimbingan ketua jurulatih Asyraaf Abdullah itu bakal memulakan saingan Kumpulan B dengan menentang Filipina (2 Mei), Vietnam (4 Mei) dan Myanmar (6 Mei).

Harimau Muda akan jalani sesi Latihan Pusat Fasa Terakhir

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 tahun bimbingan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan menjalani sesi Latihan Pusat Fasa Terakhir dari 3 hingga 26 Mei sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sukan SEA 2015 di Singapura yang dijadualkan bermula penghujung Mei 2015.

Berikut adalah senarai 27 pemain-pemain yang terpilih untuk menjalani latihan dan penilaian.

Harimau Muda B bakal menentang pasukan Kemboja B-23

Skuad Harimau Muda B bimbingan ketua jurulatih Razip Ismail bakal menerima kunjungan pasukan Sukan SEA 2015 Kemboja yang akan mengadakan dua aksi perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini.

Kemboja bakal menentang Harimau Muda B pada hari Rabu (29 April 2015) di Stadium UiTM Shah Alam pada pukul 8.00 malam dan juga pada hari Jumaat (1 Mei 2015) bertempat di padang Wisma FAM, Kelana Jaya pada pukul 4.45 petang.

Juara bertahan LFK teruskan rentak cemerlang

Sirkit Kelapan Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam menyaksikan dominasi juara bertahan, KL Felda United.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Zul Azmi Zulkifli itu menewaskan pasukan T-Team 7-1 sebelum terikat 3-3 dengan pasukan Selangor MPSJ. Walaubagaimanapun, pasukan pendahulu liga itu menemui rentak kemenangan pada hari Ahad setelah mengenepikan cabaran Pahang 3-0.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi sesi 2014-2018

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 23 April 2015 telah mencapai keputusan berikut:

 

1.      Tindakan penyokong pasukan Pahang menyalakan suar selepas tamat perlawanan Liga Super di antara pasukan Pahang menentang pasukan Selangor di Stadium Darul Makmur pada 14 Februari 2015:

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2015

Pasukan juara bertahan bimbingan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, Pahang bakal menyambut kedatangan pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu (9 Mei 2015) bagi separuh akhir pertama sebelum bertandang ke Stadium Sultan Mohammad ke-IV pada hari Sabtu (16 Mei 2015) bagi separuh akhir kedua.

Pindaan Jadual Liga Super & Liga Premier 2015 Pusingan Kedua berikutan persiapan Pasukan Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2015, pusingan kedua bagi memberi laluan kepada Skuad kebangsaan Malaysia yang akan membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Kenyataan Rasmi FAM berhubung senarai akhir pasukan kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia

RASMI: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Dollah Salleh dan juga Setiausaha Agung FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin telah mengesahkan bahawa senarai akhir pasukan kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia masih belum diputuskan lagi dan senarai pemain-pemain di bawah adalah palsu.

Kevin Ramalingam appointed as the CEO of FMLLP

The Football Association of Malaysia (FAM) announced the appointment of Kevin Ramalingam as the Chief Executive Officer (CEO) of Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). The three-year contract started effective on 17 April.

The decision was reached by the FAM Executive Committee after two stages of screening and interviewing potential candidates.

Skuad wanita kebangsaan mula jalani latihan di Bangkok

Skuad wanita kebangsaan telah mula menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Asyraaf Abdullah di Universiti Ramkhamhaeng, Bangkok.