News Archive: June 2015

Senarai 17 pemain kem fasa kelima & jadual Piala Futsal Komanwel 2015

Berikut senarai nama 17 pemain yang dikekalkan ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa untuk kem latihan pusat fasa kelima bermula esok (1 Julai) hingga 6 Julai 2015 di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam.

 

NAMA

PASUKAN

1

Malaysia tempat keempat Kejohanan Serantau Wanita AFC B14 2015

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong menamatkan Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 2015 di Hanoi, Vietnam di tempat keempat selepas tewas 6-2 kepada Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, semalam.

Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Malaysia B14 1-6 Thailand B14

Skuad wanita B-14 kendalian jurulatih Zhang Hong tumpas 6-1 kepada juara bertahan, Thailand di pusingan separuh akhir Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 di Hanoi, semalam.

Gol tunggal pasukan negara telah dijaringkan oleh pemain tengah, Nor Athirah Mamat. Malaysia bakal menentang Myanmar pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang akan berlangsung pada hari Ahad (28 Mei) pada pukul 3 petang (waktu Malaysia).

Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Malaysia B14 2-2 Filipina B14

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong mencatat sejarah apabila layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 atas perbezaan gol setelah seri dengan finalis tahun lepas, Filipina B14 2-2 pada aksi ketiga di Hanoi, semalam.

Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Malaysia B14 3-5 Vietnam B14

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong tewas 5-3 pada aksi kedua kempen Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 kepada pasukan tuan rumah, Vietnam B-14 di Hanoi semalam.

Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Singapura B14 1-3 Malaysia B14

Skuad wanita B-14 tahun kebangsaan kendalian jurulatih Zhang Hong memulakan kempen Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan negara jiran, Singapura B-14 3-1 di Hanoi, Vietnam semalam.