Malaysia melakar kemenangan kedua pada kempen Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos selepas membelasah Singapura 4-0 pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.
Pada aksi pembukaan kelmarin (Ahad), skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menewaskan Timor Leste 2-1.
Penyerang berbahaya, Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-15 melalui tandukan kemas dan pada minit ke-21 melalui sepakan percuma.